Ahad, 25 Ogos 2013

SEPATAH KATA PEMBUKA BICARA

Alhamdulillah..
    Syukur kehadrat Allah taala kerana dengan limpah kurnianya, dapatlah saya menghasilkan blog perniagaan pertama saya. Saya sangat teruja untuk menghasilkan blog ini bagi meningkatkan lagi hasil jualan MAA takaful saya. Di samping itu, saya berharap blog ini bernamafaat kepada setiap rakyat Malaysia, kerana saya akan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya ada sepanjang bertugas sebagai doktor perubatan di hospital kerajaan. Di harap para pembaca dapat memberikan komen-komen yang bernas dan bermanafaat
untuk menambah baikkan lagi mutu penulisan dan gaya bahasa saya. Sesungguhnya saya ini baru setahun jagung dalam dunia penulisan blog. Sy juga mendambakan bimbingan otai-otai yg telah lama dan juga sebati dalam bidang ini. Apa yang salah dapat diperbetulkan segera supaya tidak menjadi "ilmu sesat" pula nanti.

    Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha saya selama ini. Salam sayang saya ucapakan. Terima kasih.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan